CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, October 27, 2011

..i let him go, coz i love him!~

..saya syg awak..
..kalau boleh tiap2 saat sy nk cakap mcm too dkat awk..
..tp saya tau awak xsuke sy ckp bnyak kali..
..saya selalu selalu tnya kat awak, 'awak SAYANG saya x?'
..n tiap kali sy tnya, awak mesty mara.. sbb awak xsuke ckp bnyak kali..
..yg awak SAYANG saya..
..saya bahagia sgt bile awak cakap awak SAYANG saya.. :)
..sy selalu tnya sbb..
..saya takut sgt HILANG awak dari hidop sy..
..sbb SAYA SAYANG AWAK ketat2!~

..tapi... saya tau..
..hubungan kita xkn prgi jauh..
..bnyak sgt dgaan yg kite akn tempuhi..
..bukan sy ta sanggup na hadapi dugaan too bersama dgn awak..
..tp sy tau..
..mustahil sgt untuk kite bersama..
..mgkin cume impian sy je na jd bidadari awak kat syurga nanty..:(

..awak..
..saya minta maaf sbb buat keputusan mcm ni..
..saya lepaskan awak bukan sbb sy punya pilihan lain..
..tp sbb sy SAYANG awk!
..sy ta nak lukakan orang yg lebih menyayangi awak..
,,n mgkin sy ta layak untuk SAYANG awak too..
..cume ini pilihn yg saya ada..
,,maafkan saya awak..:(

..nanty bile saya da ta jd org yg pnting dalam hidop awak,
..sy na awak tau:
~saya SAYANG awak sgt2!
~sya cintakan awak sgt2!
~awak yg terbaik pernah saya miliki!
~n tq syg sbb da berjaya ubah diri sy jd yg lebih baik!
..SAYANG kamoo ssgt2!!!




Sunday, October 16, 2011

..saya sedih!~..

..da lame na tulis luahan ati at blog nih!~ hahahaha..
..sjak abis blaja ni da jd malas!~.. si dia pon jaoh~ cewahh!~ mcm pntg sgt je sy ni kat si dia to0 kan?.. never mind!~ as long ilovehim~i'll wait for him!~ <3
..ahhahahaah!~ jiwang jap!


..pada yg berkenaan:

..kalau lha dia tau :
..betapa sy sygkan dia..
..betapa sy hargai dia dlm hidop sy!~
..betapa sy rindukan dia stiap saat!~ cume dia!
..kalau boley sy ta na nangiz bile dia da ta de dgn sy..
..sy na ubah semuanye!~
..kalau boley sy na salu syg dia..
..na salu dia ada dgn sy~wlpn ta jdi milik sy..
..tp hakikatnye too cume harapan sy :(
.sy ta mampu na benci dia..
..sbb itu bukan sy..
..sy ta mampu na bnci org yg sy syg..
..tiap ari sy berdoa spy sy jumpe dgn true love sy..
..true love yg tanpa ada hlgn tuk bersame..
..amin!~ semoga sy milikinya 1 ary nanty!..

Thursday, March 24, 2011

..lelaki itu dan aku..



Luahan rase hati ini: (",)

Lelaki itu,
Tidak ku tahu mengapa aku jatuh syg pdnya..
Tidak ku tahu mengapa aku rindu pdnya..
Dan juga tidak ku tahu mengapa aku sentiasa tegar walaupun dia yg melukakan ku..
Bukan sekali..
Bukan dua kali..
Malah berkali2 dia menolak ku..
Membuang dan menolak ku bagai bola.

Tuhan, adakah aku suatu permainan?
Tidak, aku tahu aku punya nyawa..
Aku tahu aku punya perasaan..
Aku juga tahu aku punya harga diri..
Dan jua aku tahu apa itu erti sebuah kehidupan.

Bagi ku..
Hidup ini, tidak perlu mempermainkan..
Hidup ini, tidak perlu menyakitkan insan yg kamu sayangi..
Kerana aku..
Tetap tegar berpegang pd janji itu..
Janji yg disemat pd hari pertama ku nampak kamu..
Janji yg mungkin memakan diri pd pandangan mata rakan2 ku..
Janji yg tetap aku berdegil mahu tunaikan di saat sahabat2 ku menangis melihat ku begitu.

Mengapa?
Aku juga tidak tahu..
Tapi hanya yg aku tahu..
Aku syg kamu..
Aku syg kamu..
Aku amat syg kamu..
Amat menyayangi diri mu..
Andai kata aku bukan utk mu.. Aku tetap mahu menjaga mu dgn baik.

Kerana aku syg kamu..
Kerana kamu 0rg yg aku rindu..
Kerana hati ku tetap berdegil utk menjaga mu..
Kerana kamu amat istimewa bg ku.

Benar, aku tidak punya apa2..
Hanya seorg gadis biasa yg sentiasa tumpah air matanya..
Kerana lelaki itu..
Kerana dia tegar utk berpegang pd kemahuan hatinya..
Kerna dia syg lelaki itu..
Kerana lelaki itu yg dia rindu..
Yg dtg dlm mimpinya lelaki itu.

Tuhan, kurniakanlah kesabaran kepada ku..
Berikanlah semangat utk aku terus hidup utk menjaga lelaki itu..
Di saat susah senangnya..
Di saat dia mahu cinta suci se0rg wanita..
Di saat dia keruan dan hilang arah..
Di saat dia perlukan teman..
Kerana aku sygkn dia.
Kerana aku mahu dia sentiasa bahagia..
Kerana aku tidak mahu senyumnya hilang dari wajahnya.

Walaupun kamu selalu sakiti aku..
Aku tetap mahu kamu..
Kerana aku yakin dgn gerak hati ku..
Gerak hati ku yg meminta jgn sekali2 tinggalkan kamu..
Malah menyuruh menjaga mu..

Apa betul keputusan ku ini?
Aku tidak mahu tahu..
Apa yg aku tahu..
Biarlah aku tetap menjaga mu.
Apa yg jd selepas itu,hanya Tuhan yg tahu..
Benar, Tuhan Pelindung ku..
Dia temukan kau dan aku.

Aku pohon hanya satu..
Jangan kau pergi jauh dariku..
Kerana aku mahu jaga kamu, biarpun dari jauh..
Kerana aku mahu peduli tentang kamu..
Kerana itu hatiku mahu..
Jangan tanya aku..
Kerana aku tidak tahu..
Apa yg aku mahu..
Aku hanya mahu KAMU.

Thursday, March 3, 2011

..sy terluke lagiiii!!

..holaaaaa!!
..lamenyernye xmen blog..
..sumenyer sbb praktikal yg kdg2 bosan nih..
..ngeee~
..tp lam bosan2 tu ttp ada sonok gak..
..tp banyak sedihhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!
..mcm2 yg jadi kat cini..
..jauh dari kl..
..jauh dari kwn..
..yg ada cume kenangan.. hhahaahha..


febuary..
..macam2 yg jadi..
..sy knl sum1.. cukup sygkan sy..
..sgt2..
..sampai dia cube lukis muke sy aww.. agak sweet.. =)
..walaupon xjd, tp sy hargai sgt pe yg dia da buat tuk sy..
..DYAH..
..sy sgt hargai tuk sume yg awk buat tuk happykan sy..
..tapi..
..hari demi hari.. waktu semakin pantas berlalu..
..dan kami makin jauh..
..tiap hari begado..mzty ada yg xkne..
..sy sndri xtau ape punca..
..samapai sy buat kptusan tamatkan sgala2nya..
..sy xnk sakitkan ati dia lgi..
..bia sumenye berakhir..
..dia dgn khidupan dia.. n sy akan teruskan hidup sy sndiri..
..kpd DYAH: ..tq tuk sumenyer..
..sy hargai sgt2 semua yg awk buat tuk sy..
..tqvm!!

Saturday, November 27, 2010

Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca

Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia. Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa.

..jangan terlalu memilih cinta..

PLANT

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…
Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…
Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?
Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…
Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

TAMAT
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

..J0d0h n pErKaHwInAn..

Renunglah sejenak jika selepas ini ada lagi yang bertanya soalan Bila nak kawin? Mungkin jawapan di bawah ini boleh diberi. Seterusnya mungkin mereka akan berhenti bertanya soalan tersebut..

Renungkanlah sedalam-dalamnya. …

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman dan tidak bertanggungjawab kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di  samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubunga kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya Mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah  anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat,akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insane kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

KITA  TIDAK SELALUNYA MENDAPATKAN APA YANG KITA SUKAI, OLEH KERANA ITU MARILAH KITA MENYUKAI APAPUN YANG KITA DAPAT DAN ADA